Posted by Lanz | Posted in Wedding | Posted on 06-01-2010
Okay, kali ni saya ada satu ‘sneak peak’ gambar album perkahwinan pengantin. Sebelum saya hantar kepada pengantin yang bertuah kali ni, saya ambil beberapa keping gambar sebagai sample. Kali ni mukasurat yang tebal tu saya dah tambah menjadi 30 keping. Lebih gambar..lebih besar. Album yang dulu hanya 20 mukasurat. (boleh tengok di sini) Kualiti cetakan dan pembuatan masih dikekalkan cuma layout susunan gambar telah diteliti dengan lebih cantik lagi. Mungkin ada orang akan bertanya..kenapa susunan kotak-kotak sahaja dan diletak gambar…tiada corak-corak awan larat dan karangan puisi seperti yang lain? Ya, susunan dan rekaan saya lebih straight forward dan simple. Tetapi, setiap gambar yang saya hasilkan telah melalui banyak proses yang memerlukan kemahiran dan pengalaman yang agak rumit. Dari pemilihan lensa, komposisi, teknik dan pengarahan seni hingga ke pemilihan gambar danpost processing dengan komputer, saya rasa gambar tu tidak perlu di’sibuk’kan dengan lakaran-lakaran artistik yang menggangu ‘feel’ setiap gambar. Itu pendapat saya dan saya rasa bila gambar sudah dicetak, barulah kita boleh menikmati hasil kerja fotografi ini.
[pie single]
Size 12″ x 10″ Ada yang panggil Storybook / Storyboard / Hardcover Album[/pie]
Incoming search terms:
- story album perkahwinan
- wedding storybook album
- gambar storybook
- story book perkahwinan
- storybook album kahwin
- contoh storybook perkahwinan
- contoh storybook kahwin
- contoh story book pengantin
- gambar story book wedding
- contoh gambar story book perkahwinan









